tekno_ino
all about the IT
Friday, 26 June 2015
Wednesday, 24 June 2015
Wednesday, 17 June 2015
Isu Semasa Tentang Teknologi ICT Dalam Pendidikan
Kebergantungan Terhadap Teknologi ICT
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (information and communication technology ) dalam pendidikan bukan lagi satu isu yang baru untuk diperkatakan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan di sekolah pada zaman kini.
Terdapat satu laporan yang dikeluarkan oleh National Institute of Multimedia di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan pelajar melalui kokurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang positif terhadap prestasi pelajar.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang timbul akibat daripada kebergantungan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini yang saya sendiri alami sebagai ibu kepada pelajar di tahun 4. Saya dapati terdapat segelintir guru di sekolah amat bergantung kepada teknologi ICT semata-mata tanpa menghiraukan faktor-faktor lain seperti latar belakang pelajar atau kemampuan para ibubapa pelajar beliau.
Sebagai ibu, saya tidak menolak globalisasi teknologi dalam pendidikan kerana saya juga terdedah dengan arus kemodenan teknologi ICT ini, namun begitu saya tidak mempunyai peralatan teknologi ICT yang lengkap di rumah. Oleh itu, sikap kebergantungan guru tersebut kadang-kala menyukarkan anak saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Keadaan ini juga membuatkan anak saya tidak berpeluang untuk menyiapkan sendiri tugasan tersebut.
Pada pendapat saya, ada beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan dalam mengatasi masalah kebergantungan ini. Antaranya ialah :
- Pihak sekolah menyediakan peralatan komputer yang lengkap di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
- Setiap tugasan yang memerlukan penggunaan teknologi ICT disiapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Pihak guru memberi pelajar masa sekurang-kurangnya 3 hari dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
- Pihak sekolah menyediakan perkhidmatan seperti Makmal Komputer yang boleh digunakan oleh pelajar jika mereka memerlukan
- Pihak guru memberi kelonggaran kepada para pelajar yang diketahui tidak mampu untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan daya kreativiti masing-masing.
Tuesday, 16 June 2015
Bahan Hasil Kreativi dan Inovasi
Dalam kursus Teknologi dan inivasi ini, memerlukan setiap pelajar menghasilkan satu produk yang diperbuat dengan menggunakan bahan kitar semula yang boleh digunapakai sebagai cenderahati atau perhiasan.
Pada permulaannya saya ingin menghasilkan cenderahati yang sering kami hasilkan semasa menjalankan program kejururawatan, namun saya berubah fikiran kerana ianya kelihatan biasa bagi saya.
Lalu, saya mencari sumber ilham dari internet yang menggunakan bahan kitar semula. Dari situ saya olah semula mengikut bahan-bahan yang saya ada di rumah dan mengikut kreativiti saya sendiri.
Barang perhiasan ini saya lakukan bersama-sama anak perempuan saya. kami berdua bergabung tenaga dan kepakaran untuk menghasilkannya. Saya namakan barang perhiasan saya dengan nama bekas bertingkek-tingkek.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Berikut pula adalah cara-cara membuat bekas bertingkek-tingkek..
1. Potong bekas telur menjadi seperti gambar dia atas.
3. Potong botol air mengikut kesusaian dan kesukaan dan buat lubang pada dasar botol tersebut dengan menggunakan besi panas.
4. Botol air yang telah dipotong dan dibuat lubang.
5. Susun bekas telur yang telah dihias bersama-sama botol air yang telah dipotong dan gamkan dengan kemas. Gam juga penutup botol di bahagian bawah bekas telur sebagai sokongan.
6. Hiaskan reben pada ranting kayu tersebut.
7. Dah siap satu hasil kreativiti yang pada asalnya yang berbentuk seperti di bawah yang telah saya olah dengan hasil kreativiti saya dan anak saya, Hana.
Berikut saya pula belanja anda semua dengan gambar Bekas Bertingkek-tingkek yang telah dihasilkan..
Pada permulaannya saya ingin menghasilkan cenderahati yang sering kami hasilkan semasa menjalankan program kejururawatan, namun saya berubah fikiran kerana ianya kelihatan biasa bagi saya.
Lalu, saya mencari sumber ilham dari internet yang menggunakan bahan kitar semula. Dari situ saya olah semula mengikut bahan-bahan yang saya ada di rumah dan mengikut kreativiti saya sendiri.
Barang perhiasan ini saya lakukan bersama-sama anak perempuan saya. kami berdua bergabung tenaga dan kepakaran untuk menghasilkannya. Saya namakan barang perhiasan saya dengan nama bekas bertingkek-tingkek.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
![]() |
| 1. ranting kayu |
![]() |
| 2. gam pistol |
![]() |
| 3. bekas telur |
![]() |
| 4. botol air dan penutup |
![]() |
| 5. gunting |
![]() |
| 6. reben |
Berikut pula adalah cara-cara membuat bekas bertingkek-tingkek..
![]() |
2. Hiaskan dengan reben yang ada mengikut kreativiti.
5. Susun bekas telur yang telah dihias bersama-sama botol air yang telah dipotong dan gamkan dengan kemas. Gam juga penutup botol di bahagian bawah bekas telur sebagai sokongan.
6. Hiaskan reben pada ranting kayu tersebut.
7. Dah siap satu hasil kreativiti yang pada asalnya yang berbentuk seperti di bawah yang telah saya olah dengan hasil kreativiti saya dan anak saya, Hana.
![]() |
| produk asal |
Berikut saya pula belanja anda semua dengan gambar Bekas Bertingkek-tingkek yang telah dihasilkan..
![]() |
| long shot high angle |
![]() |
| long shot high angle |
![]() |
| close up |
![]() |
| close up |
![]() |
| close up |
![]() |
| close up high angle |
![]() |
| close up bottom view |
![]() |
| long shot |
![]() |
| long shot |
![]() |
| close up upper view |
Video Teknologi dan Inovasi
Embrace Wristband
- rekaan menarik dan praktikal
- sambungan tanpa wayar
- aplikasi di telefon pintar
Dodobeat Ultrasound Device
- pengunaan yang mudah
- dapat mendengar degupan jantung fetus
- dapat mengetahui perkembangan kesihatan fetus
Medsmart
- cara mudah untuk mengambil ubatan secara teratur
- pengambilan ubatan yang betul
- praktikal bagi pengguna yang tinggal berseorangan
ScanaduTM
- mesin pengimbas data fisiologi pengguna
- 'non-invasive' dan mudah alih
- sambungan tanpa wayar dari telefon pintar
iHeart Monitor
- alat mengesan yang ringkas
- membantu dalam mendapatkan rawatan dengan segera
- mudah digunakan
Echo
Therapeutics Non Invasive CGM
- alatan rawatan 'Diabetes Mellitus'
- alatan 'non-invasive'
- mudah untuk digunakan
The Heart Check ECG Devise
- alat untuk monitor kadar degupan dan ritma jantung
- mudah digunakan dan tanpa pemasangan wayar pada pesakit
- menyimpan data pesakit untuk pemantauan yang berterusan.
Vivolight
- alat pengimbas saluran darah
- tusukan jarum lebih tepat dan efisien
- prosedur tusukan dilakukan dengan lebih cepat
Tongue Retaining Device
- alatan untuk membantu pesakit 'Obstructive Sleep Apnea'
- alatan yang ringkas dan mudah digunakan
- penggunaan yang universal
Pea Pot
- alatan 'non-invasive' untuk mengukur komposisi badan bayi
- keputusan yang tepat
- membantu dalam perawatan bayi pramatang
Teknologi Peralatan Dalam Bidang Kesihatan
Perkembangan teknologi dalam peralatan yang digunakan dalam bidang kesihatan dilihat selari dengan peredaran zaman millennium sekarang. Semua peralatan yang digunakan kelihatan semakin canggih dan mudah alih.
Terdapat pelbagai peralatan canggih untuk bidang kesihatan yang boleh didapati di pasaran sekarang. Peralatan tersebut mudah dibeli oleh sesiapa pun, tanpa mengambil kira latar belakang seseorang pembeli itu.
Kebanyakan peralatan ini direka khas buat pengguna yang menghidapi penyakit kronik di mana mereka perlukan jagaan rapi di rumah.
Antara peralatan yang mungkin boleh membawa manfaat kepada hospital atau pesakit dan ahli keluarga adalah seperti berikut:
- Scanadu ScoutTM
![]() |
| rekabentuk yang ringkas |
![]() |
| paparan tanda vital |
Peralatan ini dapat mengimbas data fisiologi pesakit dengan pantas dan mudah. Pengguna hanya perlu meletakkan ibu jari dan jari telunjuk untuk mendapatkan data. Paparan data boleh dilihat pada telefon pintar atau melalui komputer peribadi.
Segala data boleh disimpan untuk pemeriksaan secara berkala dan untuk pemerhatian lanjut oleh Pegawai Perubatan yang merawat.
Dengan adanya peralatan ini, pesakit boleh mendapatkan rawatan kesihatan jika terdapat skala yang melebihi paras normal dan rawatan boleh diberi dengan cepat dan tepat.
mesin ultrabunyi untuk kegunaan peribadi |
bentuk dan rekaan yang ergonomik |
Dodobeat adalah mesin ultrabunyi yang boleh didapati di pasaran untuk khusus para wanita yang bakal menjadi ibu. Mesin ini boleh merakam degupan jantung fetus yang dipaparkan pada telefon pintar melalui sambungan wayar yang ringkas.Dodobeat ini mesra pelanggan dan mudah alih membuatkan ramai pengguna telah berpuas hati dengan alatan ini. Ianya juga mudah digunakan dan ringan untuk di bawa ke sana ke mari.
Mesin urutan mudah alih ini boleh digunakan dengan 2 pilihan suhu yang boleh diubahsuai mengikut keadaan pengguna. Alatan ini sangat berguna jika berlakunya kecederaan pada otot atau keletihan. Ianya juga mudah digunakan kerana tidak mempunyai banyak pilihan butang untuk ditekan dan hanya menggunakan bateri. Mesin urutan ini juga ringan dan mudah dipegang.
4. iHeart Portable Monitor
| mudah alih |
| paparan lengkap |
iHeart ini adalah satu alatan yang membaca tanda vital pengguna yang ringkas iaitu tahap oksigen dan degupan jantung. Mesin ini disyorkan untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan seperti 'Sleap Apnea' dan 'Asthma'. Mesin ini mudah digunak kerana hanya perlu dikepitkan pada jari dan paparan tanda vital mudah dilihat dan dibaca.
| 'line scanner' |
| gambaran penggunaan |
Vivolight adalah alatan bagi memudahkan para doktor untuk memasukkan 'branula' ke atas pesakit yang memerlukan rawatan di hospital. Alatan ini sangat berguna bagi pesakit yang kecil dan semasa kecemasan serta bagi pesakit kanser. Alatan ini membuatkan prosedur tusukan jarum berlangsung secara efisien dan tepat serta boleh mengurangkan jangkamasa prosedur tersebut.
6. The Medication Management System
| sistematik |
![]() |
| mesra pelanggan |
Alatan untuk pengambilan ubatan yang dikenali sebagai 'Medsmart' ini amat berguna bagi pesakit yang perlu mengambil ubatan secara berterusan dan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti pesakit Tibi, 'Diabetes Mellitus' dan 'Alzheimer'.
Dengan penggunaan alat ini, pesakit dapat mengambil ubatan dengan mudah dan betul. Ubatan akan disediakan mengikut keperluan pesakit oleh pihak Farmasi yang bertanggungjawab. 'Medsmart' mempunyai monitor yang memaparkan jenis ubatan dan jadual pengambilan bagi memudahkan pengguna. Ia akan mengeluarkan bungi 'beep' sebagai isyarat untuk pesakit mengambil ubat mereka.
7. Breast-i
| mesin ultrabunyi |
| contoh penggunaan |
| contoh penggunaan |
Breast-i ini adalah satu alatan pengimbas yang boleh mengesan sesuatu ketumbuhan (mass) yang terdapat pada payudara. Keputusan yang dikeluarkan daripada mesin ini adalah 90% boleh dipercayai dan boleh digunakan sebagai 'benchmark' bagi rawatan penyakit Kanser Payudara yang setiap tahun membuat mammogram.
Mesin pengimbas ini mudah digunakan dan dikendalikan. Ianya tidak memerlukan paparan monitor yang berasingan untuk mengeluarkan imej, namun bergantung 100% kepada kepakaran pengamal perubtan untuk menafsirnya.
8. Gluco Wristband Monitor
| rekabentuk menarik |
| manual pengguna |
Gluco (M) Wristband adalah alatan perubatan yang menawarkan 3 fungsi utama khusus bagi pesakit 'Diabetis Mellitus'. Alatan 'non-invaisve' ini dapat mengeluarkan bacaan paras gula dengan pantas dan tepat.
Mesin Gluco(M) ini dipasang dengan 'insulin chamber' beserta 'syringe cartridge' yang memudahkan pesakit mengambil insulin mengikut paras gula semasa. Mesin ini mempunyai monitor yang memaparkan bacaan paras gula pesakit dan masa bacaan diambil. Semua bacaan disimpan pada mesin ini bagi tujuan pemerhatian lanjut dan kesinambungan perawatan daripada pihak hospital.

9. Embrace Watch
| pelbagai warna |
| paparan pada telefon pintar |
Embrace adalah sejenis alat yang direka untuk memaparkan tahap kesihatan pengguna secara keseluruhan, mengukur tahap tekanan serta menjejak segala aktiviti seharian pengguna.
Embrace direka untuk kelihatan menarik dan pemakaian yang universal bagi lelaki dan wanita. Didatangkan dengan pelbagai warna bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Ianya bagus digunakan oleh pesakit 'Epilepsy'. Alatan ini sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perunahan drastik pada aktiviti pengguna. Ia juga mengeluarkan amaran kepada ahli keluarga pesakit tentang keadaan pengguna.

10. Owlet Baby Monitor
'Owlet Baby Sock' ini direka khas buat bayi yang memerlukan penjagaan rapi yang boleh mengurangkan kerisauan para ibu bapa. Alatan ini mengukur tanda vital bayi dengan mudah dan selamat tanpa menggangu pergerakan bayi.
Segala tanda vital bayi dipaparkan pada telefon pintar yang disambung tanpa wayar.Aplikasi pada telefon boleh mengeluarkan amaran jika terdapat bacaan yang tidak normal dan pengguna dapat mengesan sesuatu kejadian yang tidak diingini dengan pantas. Data bayi juga disimpan bagi memudahkan ia dianalisa bagi pemantauan secara berkala.
![]() |
| set lengkap |
![]() |
| sambungan tanpa wayar |
| comel |
'Owlet Baby Sock' ini direka khas buat bayi yang memerlukan penjagaan rapi yang boleh mengurangkan kerisauan para ibu bapa. Alatan ini mengukur tanda vital bayi dengan mudah dan selamat tanpa menggangu pergerakan bayi.
Segala tanda vital bayi dipaparkan pada telefon pintar yang disambung tanpa wayar.Aplikasi pada telefon boleh mengeluarkan amaran jika terdapat bacaan yang tidak normal dan pengguna dapat mengesan sesuatu kejadian yang tidak diingini dengan pantas. Data bayi juga disimpan bagi memudahkan ia dianalisa bagi pemantauan secara berkala.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)