Tuesday, 16 June 2015

Teknologi Peralatan Dalam Bidang Kesihatan

Perkembangan teknologi dalam peralatan yang digunakan dalam bidang kesihatan dilihat selari dengan peredaran zaman millennium sekarang. Semua peralatan yang digunakan kelihatan semakin canggih dan mudah alih. 

Terdapat pelbagai peralatan canggih untuk bidang kesihatan  yang boleh didapati di pasaran sekarang. Peralatan tersebut mudah dibeli oleh sesiapa pun,  tanpa mengambil kira latar belakang seseorang pembeli itu.

Kebanyakan peralatan ini direka khas buat pengguna yang menghidapi penyakit kronik di mana mereka perlukan jagaan rapi di rumah. 

Antara peralatan yang mungkin boleh membawa manfaat kepada hospital atau pesakit dan ahli keluarga adalah seperti berikut:

  1. Scanadu ScoutTM

rekabentuk yang ringkas
paparan tanda vital


  data fisiologi pengguna 

Peralatan ini dapat mengimbas data fisiologi pesakit dengan pantas dan mudah. Pengguna hanya perlu meletakkan ibu jari dan jari telunjuk untuk mendapatkan data. Paparan data boleh dilihat pada telefon pintar atau melalui komputer peribadi.

Segala data boleh disimpan untuk pemeriksaan secara berkala dan untuk pemerhatian lanjut oleh Pegawai Perubatan yang merawat.
Dengan adanya peralatan ini, pesakit boleh mendapatkan rawatan kesihatan jika terdapat skala yang melebihi paras normal dan rawatan boleh diberi dengan cepat dan tepat.




  2.   Digital Doppler Ultrasound Fetal Heart Tone

mesin ultrabunyi untuk kegunaan peribadi

bentuk dan rekaan yang ergonomik

Dodobeat adalah mesin ultrabunyi yang boleh didapati di pasaran untuk khusus para wanita yang bakal menjadi ibu. Mesin ini boleh merakam degupan jantung fetus yang dipaparkan pada telefon pintar melalui sambungan wayar yang ringkas.Dodobeat ini mesra pelanggan dan mudah alih  membuatkan ramai pengguna telah berpuas hati dengan alatan ini. Ianya juga mudah digunakan dan ringan untuk di bawa ke sana ke mari.

   



    3. Dual Temperature Massager

suhu panas atau sejuk

mudah alih


Mesin urutan mudah alih ini boleh digunakan dengan 2 pilihan suhu yang boleh diubahsuai mengikut keadaan pengguna. Alatan ini sangat berguna jika berlakunya kecederaan pada otot atau keletihan. Ianya juga mudah digunakan kerana tidak mempunyai banyak pilihan butang untuk ditekan dan hanya menggunakan bateri. Mesin urutan ini juga ringan dan mudah dipegang.




   4.  iHeart Portable Monitor

mudah alih

paparan lengkap

iHeart ini adalah satu alatan yang membaca tanda vital pengguna yang ringkas iaitu tahap oksigen dan degupan jantung. Mesin ini disyorkan untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan seperti 'Sleap Apnea' dan 'Asthma'. Mesin ini mudah digunak kerana hanya perlu dikepitkan pada jari dan paparan tanda vital mudah dilihat dan dibaca. 



 5. Vivolight 

'line scanner'

gambaran penggunaan


Vivolight adalah alatan bagi memudahkan para doktor untuk memasukkan 'branula' ke atas pesakit yang memerlukan rawatan di hospital. Alatan ini sangat berguna bagi pesakit yang kecil dan semasa kecemasan serta bagi pesakit kanser. Alatan ini membuatkan prosedur tusukan jarum berlangsung secara efisien dan tepat serta boleh mengurangkan jangkamasa prosedur tersebut. 




   6. The Medication Management System  

   
sistematik


mesra pelanggan

Alatan untuk pengambilan ubatan yang dikenali sebagai 'Medsmart' ini amat berguna bagi pesakit yang perlu mengambil ubatan secara berterusan dan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti pesakit Tibi, 'Diabetes Mellitus' dan 'Alzheimer'. 

Dengan penggunaan alat ini, pesakit dapat mengambil ubatan dengan mudah dan betul. Ubatan akan disediakan mengikut keperluan pesakit oleh pihak Farmasi yang bertanggungjawab. 'Medsmart' mempunyai monitor yang memaparkan jenis ubatan dan jadual pengambilan bagi memudahkan pengguna. Ia akan mengeluarkan bungi 'beep' sebagai isyarat untuk pesakit mengambil ubat mereka.


 7. Breast-i

mesin ultrabunyi 

contoh penggunaan

contoh penggunaan



Breast-i ini adalah satu alatan pengimbas yang boleh mengesan sesuatu ketumbuhan (mass) yang terdapat pada payudara. Keputusan yang dikeluarkan daripada mesin ini adalah 90% boleh dipercayai dan boleh digunakan sebagai 'benchmark' bagi rawatan penyakit Kanser Payudara yang setiap tahun membuat mammogram.

Mesin pengimbas ini mudah digunakan dan dikendalikan. Ianya tidak memerlukan paparan monitor yang berasingan untuk mengeluarkan imej, namun bergantung 100% kepada kepakaran pengamal perubtan untuk menafsirnya.



   8. Gluco Wristband Monitor


rekabentuk menarik


manual pengguna




Gluco (M) Wristband adalah alatan perubatan yang menawarkan 3 fungsi utama khusus bagi pesakit 'Diabetis Mellitus'. Alatan 'non-invaisve' ini dapat mengeluarkan bacaan paras gula dengan pantas dan tepat.

Mesin Gluco(M) ini dipasang dengan 'insulin chamber' beserta 'syringe cartridge' yang memudahkan pesakit mengambil insulin mengikut paras gula semasa. Mesin ini mempunyai monitor yang memaparkan bacaan paras gula pesakit dan masa bacaan diambil. Semua bacaan  disimpan pada mesin ini bagi tujuan pemerhatian lanjut dan kesinambungan perawatan daripada pihak hospital.


   9. Embrace Watch


pelbagai warna


paparan pada telefon pintar


Embrace adalah sejenis alat yang direka untuk memaparkan tahap kesihatan pengguna secara keseluruhan, mengukur tahap tekanan serta menjejak segala aktiviti seharian pengguna.

Embrace direka untuk kelihatan menarik dan pemakaian yang universal bagi lelaki dan wanita. Didatangkan dengan pelbagai warna bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Ianya bagus digunakan oleh pesakit 'Epilepsy'. Alatan ini sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perunahan drastik pada aktiviti pengguna. Ia juga mengeluarkan amaran kepada ahli keluarga pesakit tentang keadaan pengguna. 



   10. Owlet Baby Monitor


set lengkap

           sambungan tanpa wayar

comel

'Owlet Baby Sock' ini direka khas buat bayi yang memerlukan penjagaan rapi yang boleh mengurangkan kerisauan para ibu bapa. Alatan ini mengukur tanda vital bayi dengan mudah dan selamat tanpa menggangu pergerakan bayi.

Segala tanda vital bayi dipaparkan pada telefon pintar yang disambung tanpa wayar.Aplikasi pada telefon boleh mengeluarkan amaran jika terdapat bacaan yang tidak normal dan pengguna dapat mengesan sesuatu kejadian yang tidak diingini dengan pantas. Data bayi juga disimpan bagi memudahkan ia dianalisa bagi pemantauan secara berkala.



2 comments: