Dalam kursus Teknologi dan inivasi ini, memerlukan setiap pelajar menghasilkan satu produk yang diperbuat dengan menggunakan bahan kitar semula yang boleh digunapakai sebagai cenderahati atau perhiasan.
Pada permulaannya saya ingin menghasilkan cenderahati yang sering kami hasilkan semasa menjalankan program kejururawatan, namun saya berubah fikiran kerana ianya kelihatan biasa bagi saya.
Lalu, saya mencari sumber ilham dari internet yang menggunakan bahan kitar semula. Dari situ saya olah semula mengikut bahan-bahan yang saya ada di rumah dan mengikut kreativiti saya sendiri.
Barang perhiasan ini saya lakukan bersama-sama anak perempuan saya. kami berdua bergabung tenaga dan kepakaran untuk menghasilkannya. Saya namakan barang perhiasan saya dengan nama bekas bertingkek-tingkek.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
 |
| 1. ranting kayu |
 |
| 2. gam pistol |
 |
| 3. bekas telur |
 |
| 4. botol air dan penutup |
 |
| 5. gunting |
 |
| 6. reben |
Berikut pula adalah cara-cara membuat bekas bertingkek-tingkek..
1. Potong bekas telur menjadi seperti gambar dia atas.
2. Hiaskan dengan reben yang ada mengikut kreativiti.
3. Potong botol air mengikut kesusaian dan kesukaan dan buat lubang pada dasar botol tersebut dengan menggunakan besi panas.
No comments:
Post a Comment