Wednesday, 17 June 2015

Isu Semasa Tentang Teknologi ICT Dalam Pendidikan

Kebergantungan Terhadap Teknologi ICT


     Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (information and communication technology ) dalam pendidikan bukan lagi satu isu yang baru untuk diperkatakan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan di sekolah pada zaman kini.

     Terdapat satu laporan yang dikeluarkan oleh National Institute of Multimedia di Jepun, membuktikan bahawa  peningkatan pendedahan pelajar melalui kokurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang positif terhadap prestasi pelajar.

     Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang timbul akibat daripada kebergantungan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini yang saya sendiri alami sebagai ibu kepada pelajar di tahun 4. Saya dapati terdapat segelintir guru di sekolah amat bergantung kepada teknologi ICT semata-mata tanpa menghiraukan faktor-faktor lain seperti latar belakang pelajar atau kemampuan para ibubapa pelajar beliau.

     Sebagai ibu, saya tidak menolak globalisasi teknologi dalam pendidikan kerana saya juga terdedah dengan arus kemodenan teknologi ICT ini, namun begitu saya tidak mempunyai peralatan teknologi ICT yang lengkap di rumah. Oleh itu, sikap kebergantungan guru tersebut kadang-kala menyukarkan anak saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Keadaan ini juga membuatkan anak saya tidak berpeluang untuk menyiapkan sendiri tugasan tersebut. 

     Pada pendapat saya, ada beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan dalam mengatasi masalah kebergantungan ini. Antaranya ialah :
  1. Pihak sekolah menyediakan peralatan komputer yang lengkap di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
  2. Setiap tugasan yang memerlukan penggunaan teknologi ICT disiapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
  3. Pihak guru memberi pelajar masa sekurang-kurangnya 3 hari dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
  4. Pihak sekolah menyediakan perkhidmatan seperti Makmal Komputer yang boleh digunakan oleh pelajar jika mereka memerlukan
  5. Pihak guru memberi kelonggaran kepada para pelajar yang diketahui tidak mampu untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan daya kreativiti masing-masing.

6 comments:

  1. Betul.. sekarang segala kerja rumah yang diberikan memerlukan kemudahan komputer. So suka ke atau tak suka ke semua rumah kena ada komputer dengan perkhimatan internet

    ReplyDelete
  2. Ada sesetengah guru yang mengajar menggunakan alatan multimedia dan pelajar perlu membuat kerja sekolah menggunakan alatan tersebut.Tidak semua pelajar yang mempunyai komputer dirumah.Mereka terpaksa membuat kerja tersebut di Pusat Internet.Bayangkan jika ada ibubapa yang tidak berkemampuan. Sudah tentu ia akan mendatangkan masalah kepada pelajar tersebut.Pihak sekolah perlu membuat solusi baru jika ingin mengajar menggunakan multimedia agar semua pelajar dapat mempelajarinya

    ReplyDelete
  3. Walaupun saya tiada anak, saya kerap mendengar keluhan dari kawan-kawan di mana semua kerja sekolah perlu mengguna komputer dan internet. zaman sekarang segalanya perlu.Bagi yang kurang mampu bagaimana ye??

    Nurul Asysura Musa
    A143755

    ReplyDelete
  4. tidak semua keluarga mampu menyediakan alatan multimedia. seharusnya pihak sekolah menyediakan perkhidmatan ini di sekolah

    ReplyDelete
  5. Sangat setuju dengan saranan anda. Oleh itu untuk proses penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran semua pihak harus bekerjasama mengatasinya agar kita dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.
    NORAINI HUSSIN
    A143762

    ReplyDelete
  6. kemajuan dalam ict memang sangat penting dalam pembelajaran pada era globalisasi ini untuk melahirkan insan yang celik ilmu . namun kita haruslah ingat kesan negatifnya sekiranya penggunaanya tidak dipantau.

    ReplyDelete